10 Cara Gunakan Lego Dengan Lebih Kreatif

Lego bukan sahaja sekadar permainan, malah boleh dijadikan peralatan yang sangat berguna

1. Kotak Hadiah

Kotak Hadiah

Jadikan lego sebagai kotak hadiah! Memang cool  habis, bagi kotak sahaja pun dah cukup awesome!

2. Rak Joystick

Rak Joystick

Kalau di rumah anda ada banyak joystick, anda boleh cuba buat rak seperti ini. Senang untuk simpan, rumah pun nampak kemas dan cantik.

3. Pemegang Kabel

Pemegang Kabel

Rumah berselerak dengan wayar pengecas telefon? Gunakan cara ini untuk membuat susunan pada wayar-wayar telefon anda. 

4. Jadikan Aksesori

Jadikan Aksesori

Lego memang awesome! Ramai juga artis yang mengunakan lego dalam rekaan fesyen mereka. Contohnya, subang, rantai, atau cincin. Apa kata anda pula cuba buat butang baju melayu daripada lego. Menarikkan?

Baca juga: Beg Yang Kelihatan Seperti Kartun

5. Jam Lego

Jam Lego

Anda kreatif? Cuba ubahsuai jam dinding kepada bentuk lego, mesti cantik.

6. Bekas Alat Tulis

Bekas Alat Tulis

Meja study berselerak dengan alat tulis? Mudah sahaja, susun lego menjadi bekas untuk menyimpan alat tulis.

7. Bekas Duit Syiling

Bekas Duit Syiling

Nak nampak lagi kreatif? Boleh cuba buat bekas duit syiling, rekabentuk sebenarnya terpulang kepada kreativiti masing-masing. Yang penting boleh isi duit 50 sen, 20 sen, 10 sen. Duit kertas biar kami tolong simpan. Hehehe.

8. Penyangkut Kunci

Penyangkut Kunci

Selalu alami masalah ‘Tak jumpa cari kunci?’. Cuba guna cara ni, lepas ambil gantung balik pada tempat asal. Nak lagi mudah, asing kunci mengikut warna lego.

Ini pun kreatif, gunakan lego untuk menapal cacat pada dinding retak.

10. Peta Keretapi

Peta Keretapi

Lego dijadikan peta keretapi? Ya! Di London, mereka menyambut ulang tahun keretapi bawah tanah  yang ke 150 dengan membina peta berbentuk lego. Ini baru betul ‘Lego Lover’.

Baca: Menara ‘Eiffel Tower’ Diperbuat Daripada Kepingan Lego Setinggi 7 kaki

Share² lah yerr..

Leave a Comment