10 Amalan Bulan Ramadhan Yang Boleh Menambah Pahala Sunat Anda

Ini adalah amalan sunat bulan puasa @ ramadhan yang boleh anda lakukan untuk menambah pahala sunat anda.

1. Melakukan Ibadah Puasa

Melakukan Ibadah Puasa

Fotokredit: askamuslim

Menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa seperti seperti makan dan minum bermula dari terbit matahari sehingga terbenam matahari.

Rasulullah S.A.W Bersabda yang ertinya:-

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka akan diampuni dosanya yang telah lalu “. ( H.R Bukhari dan Muslim)

2. Melakukan Solat Terawih Secara Berjemaah

Melakukan Solat Terawih Secara Berjemaah

SolatTerawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati. Dilakukan selepassolat fardu Isyak. Kebiasaanya duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaatsolat Tarawih, sebelum di sambung semula. 

Tujuan utamanya menghidupkan malam di  bulan Ramadhan dan mendekatkan dirikepada Allah S.W.T. Menggunakannya untuk menghafal kembali surah Al-Quran dan mengharapkan kerahmatan dan keampuanan Allah S.W.T.

Rasulullah S.A.W Bersabda yang ertinya:-

“  Barangsiapa yang solat malam di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka akan diampuni dosanya yang telah lalu”. ( H.R Bukhari dan Muslim)

3. Sedekah

Sedekah

Fotokredit : nst.com.my

Memperbanyakkan sedekah seperti memberi makan kepada fakir miskinmembantu orang-orang yang memerlukan dan memberi makan orang yang berpuasa saat berbuka puasa

Rasulullah S.A.W Bersabda yang ertinya:-

“ Barangsiapa memberi makan orang yang berpuasa, makabagi pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun”. ( H.R Bukhari dan Muslim)

4. Memperbanyakkan Membaca Al-Quran

Memperbanyakkan Membaca Al-Quran

Fotokredit : tajweedalquran.com

Bulan Ramadhan merupakan bulan di mana Al-Quran diturun buat pertama kalinya ke bumi .

“ Bulan Ramadhan adalah bulan yang didalamnya di turunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu serta perbezaan ( antara yang hak dan yang batil).” (QS.   Al-Baqarah: 185)

5. Melaksanakan Ibadah Umrah

Melaksanakan Ibadah Umrah

Fotokredit: Hajj dan Umrah Planner

Rasulullah S.A.W Bersabda yang ertinya:-

“Umrah pada bulan Ramadhan sama pahalanya seperti melakukan haji” (HR Muslim dan Bukhari)

6. Melaksanakan Iktikaf Di Dalam Masjid

Melaksanakan Iktikaf Di Dalam Masjid

Fotokredit:okezonelifestyle.com

Dari ‘Aisyah R.A,beliau mengisahkan

“ Sesungguhnya Rasulullah S.A.W melakukan I’tikaf di sepuluh hari terakhir Ramadhan hingga Allah S.W.T mewafatkan beliau, kemudian para isteri beliau sepeninggalan beliau jug amelakukan I’tikaf “. (Muttafaw Alaihi)

7. Mencari Lailatul Qadar Dengan Bersungguh-Sungguh Dalam Beribadah

Mencari Lailatul Qadar Dengan Bersungguh-Sungguh Dalam Beribadah

Fotokredit:DZ Breaking

Rasulullah S.A.W Bersabda yang ertinya:-

“Barangsiapa yang solat malam pada malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka akan diampuni dosanya yang telah lalu”. ( HRMuslim dan Bukhari)

8. Segerakan Berbuka Puasa Dan Melambatkan Sahur

Segerakan Berbuka Puasa Dan Melambatkan Sahur

Fotokredit:islam.ru

Rasulullah S.A.W Bersabda yang ertinya:-

“Senantiasa manusia dalam keadaan baik selama mereka menyegerakan berbuka” (HR Bukhari)

Rasulullah S.A.W juga Bersabda yang ertinya:-

“Bersahurlah kerana dalam bersahur terdapat keberkatannya” (HR Bukhari dan Muslim)

9.  Banyakkan Zikir, Doa dan Iistighfar 

Rasulullah S.A.W juga Bersabda yang ertinya:-

“Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika ia berbuka doanya tidak akan ditolak”. (HR Ibnu Majah)

10. Beri Makanan Kepada Jiran

Jika kita masak sedap untuk juadah berbuka mahupun sahur, bolehlah kongsi sedikit kepada jiran sebelah rumah anda, ianya juga dikira sebagai perbuatan baik yang boleh menambah pahala anda.

Share² lah yerr..