6 Senarai Kafe Kucing Malaysia dengan konsep menarik!

Jika anda berkunjung ke mana-mana negeri di Malaysia, korang mungkin boleh masukkan kafe kucing ini didalam senarai tempat mesti dilawati. Berikut adalah 6 Kafe Kucing Malaysia yang mesti dilawati!

1. Meow Meow Cafe. Kuching, Sarawak

Meow Meow Cafe. Kuching, Sarawak

Jika korang berkunjung di Sarawak, korang bolehlah mengunjungi Meow Meow Cafe ini. Ruang makan dan santai bersama kucing diasingkan bagi memastikan tahap kebersihan kafe tersebut. 

2. Purrfect Cat Cafe. Penang

Purrfect Cat Cafe. Penang

Bagi yang berkunjung di Penang pula, korang boleh mengunjungi Purrfect Cat Cafe ini. Terdapat pelbagai cenderahati kucing yang menarik disini. Dengar cerita, makanan dan minuman disini pun boleh tahan juga.

3. Malaysia CAT CAFE, Port Dickson

Malaysia CAT CAFE, Port Dickson

Ia dibuka sekitar Julai 2015, dimana pengunjung bebas beramah mesra dengan kucing disitu dan santai bersama keluarga. Bagi mereka yang telah berkunjung ke Malaysia CAT CAFE , korang cube bagi komen sikit ye. Best tak?

4. Purradise Cat Cafe, TTDI, Kuala Lumpur

Purradise Cat Cafe, TTDI,  Kuala Lumpur

Purradise Cat Cafe, TTDI ini berkonsepkan taman fantasi. Jika korang mahu melepak bersama rakan-rakan sambil main kucing, korang mungkin boleh ke sini dan bermesra dengan kucing yang ada disini. 

5. CATS Cafe, Johor Bahru

CATS Cafe, Johor Bahru

CATS Cafe, Johor Bahru, Dikatakan kafe kucing pertama di Johor. Ia mendapat sambutan yang hebat ketika ia dibuka.  Ada sesiapa yang dah pergi ke sini? Cuba kongsi pengalaman korang.

6. Whims Cat Cafe, Kuantan

Whims Cat Cafe, Kuantan

Whims Cat Cafe, Kuantan. Berkonsepkan konsep hipster. Jika korang berkunjung ke Kuantan, korang mungkin boleh mengunjungi kafe ini dan jangan lupa kongsi pengalaman korang kat sini ye. 

Share² lah yerr..
Categories list

Leave a Comment