Doa Pembuka Majlis Ilmu, Rasmi Dan Yang Bersesuaian Dengannya

Doa pembuka majlis ilmu, rasmi dan semua jenis acara yang boleh anda gunakan mengikut kesesuaian.

Doa merupakan satu ibadat sebagai tanda kerendahan hamba terhadap Allah S.W.T. Ia boleh dibuat secara individu atau beramai-ramai dan hendaklah dilakukan dengan ikhlas, khushuk, dan penuh tertib.

Dalam apa jua acara, doa tidak boleh dilakukan sebagai satu budaya atau adat, doa merupakan satu cara hidup yang diajar oleh Rasullah S.A.W.

Doa juga perlulah dilakukan pada tempat yang sesuai dan pada masa yang betul dengan suasana yang baik.

Berikut perkongsian Doa Pembuka Majlis (Umum)

Doa Pembuka Majlis Dalam Bahasa Arab Dan Rumi

Ya Allah, Engkaulah yang mempunyai segala kepujian, engkaulah yang berhak menerima segala kepujian, engkaulah yang berhak menerima segala kesyukuran, Engkalaulah yang memiliki segala pemerintahan, di tangan Engkau segala kebajikan, kepada Engkaulah kembali segala urusan.

Cucurilah rahmat dan rahimMu ke atas majlis

——- (Sebutkan majlis anda di sini)——-

yang diadakan pada hari Ini. Berkatilah ia dari awal hingga akhirnya.

Kami juga memohon perlindungan daripada Mu dari segala perkara yang boleh mencacat celakan majlis kami dan daripada segala perkara yang melalaikan kami dari berbuat taat kepada Mu. Kepada Mu jua kami serah segala urusan kami.

Muat naik versi pdf di sini —> (Doa Pembuka Majlis PDF)

Rujukan :

Share² lah yerr..
Categories Islamik