fbpx

Diabetes Kencing Manis

Pengenalan

Maksud diabetes atau sinonim dengan kencing manis bagi orang di Malaysia merupakan penyakit glukosa gula dalam darah yang terlalu tinggi Ianya datang dari makanan yang kita makan setiap yang menjadi sumber utama tenaga harian kita.

Apabila terlalu banyak (over) glukosa dalam darah kita, penyebab masalah kesihatan akan berlaku, walaupun masalah kencing manis ini tidak boleh disembuh terus dari badan kita, langkah untuk menguruskan keseimbangan diabetis perlu diambil akan sistem badan anda kekal sihat.

Tahap Kencing Manis (Diabetes)

Dalam mengenali berkaitan diabetes ini, ada dua (2) jenis kencing manis yang perlu kita ketahui iaitu :

Kencing Manis Jenis 1

Diabetes jenis satu (1)

Diabetes tahap 1 bergantung dengan rawatan insulin

Kebanyak yang hidapi diabetes ini bermula di peringkat usia muda dan kanak-kanak serta faktor genetik. Selain itu ia disebabkan oleh pankreas yang menyerang bersama antibodi sedia ada lalu menyebabkan insulin tidak terhasil dalam tubuh badan kita

Lebih teruk apabila masalah ini tidak dirawat segera ianya dapat memberi kesan kepada salur darah ke buah pinggang, hati, mata serta sistem saraf

Paling kritikal jika ada hidapi diabetis jenis 1 anda mungkin alami sakit jantu, buah pinggang, buta mata, strok, serta ganguan sistem saraf.

Kencing Manis Jenis 2

Diabetes tahap 2 tidak bergantung pada rawatan insulin Pankreas dalam tubuh masih menghasilkan insulin akan tetapi tidak mencukupi dengan keperluan tubuh ataupun tubuh pesakit jenis 2 ini tidak dapat terima. Boleh beri kesan juga kepada salur darah ke buah pinggang, mata , hati dan sistem saraf sekiarannya tidak dirawat segera.

Diabetes Ketika Hamil (Melitus)

Diabetes semasa hamil atau biasanya dipanggil sebagai Gestational Diabetes Mellitus (GDM) ialah keadaan yang serius berlaku kepada wanita mengandung (hamil) yang sebelum ini tidak menghidap diabetes, tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal. Boleh rujuk (Info Diabetes Melitus Huraian Dari myhealth.gov.my)

punca diabetes
kesan diabetes
contoh menu makanan untuk diabetes

simptom diabetes
cara mengatasi diabetes

Kementerian Kesihatan, faktor-faktor risiko diabetes adalah seperti berikut:

1) Kegemukan.
2) Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif.
3) Pemakanan- pengambilan makanan berlemak dan kurang serat.
4) Keturunan- diabetes mempunyai perkaitan yang kuat dalam keluarga.
5) Peningkatan umur.
6) Bangsa : Bangsa India mempunyai lebih risiko mendapat diabetes.
7)Terlalu banyak pengambilan gula