Syarikat Jepun Ini Membuat Perisai Samurai Khas Untuk Kucing Dan Anjing

Jangan main-main, kucing dengan anjing pun dah jadi pahlawan sekarang!

Sebuah syarikat Jepun yang dipanggil Samurai Age membuat rekaan baju samurai khas untuk kucing dan anjing. Mereka melihat binatang peliharaan sememangnya sentiasa setia bersama-sama manusia dan bersedia mempertahankan tuan mereka (err.. tak pasti pula kucing boleh mempertahankan tuannya). jadi, mereka membuat satu rekaan untuk menyerlahkan lagi semangat pahlawan.

Terdapat dalam pelbagai saiz yang sesuai untuk kucing dan anjing. Ia dijual dengan harga sekitar 4,040 yen (RM533) sehingga 16,416 yen (RM622), nak tak?

Bersedia untuk cakaran kucing! Zaap

Maklumat lanjut: Samurai Age | Facebook 

REAKSI ANDA?