10 Permainan Tradisional Yang Semakin Dilupakan

Kanak-kanak zaman 90 an kemungkinan besar adalah generasi terakhir yang sempat main permainan ini.

Masih ingat lagi tak dengan zaman kanak-kanak anda? Dimana waktu itu tiada permainan video seperti sekarang ini, kalau ada pun hanya permainan 'Brick Games'. Walaupun teknologi pada era itu tidak secanggih seperti sekarang, tapi tidak dinafikan permainan pada zaman dahulu lebih menyeronokkan. Bukan sahaja seronok malah itulah yang mengeratkan tali persahabatan.

Secara sedar atau tidak, zaman sekarang terlalu banyak yang mengubah kehidupan kita termasuklah generasi sekarang. Mengibau zaman kegemilangan kanak-kanak anda, disini kami sempat senaraikan 10 di antara permainan tradisional yang semakin dilupakan.

1. Baling Selipar

1. Baling Selipar via: Flickr

Permainan baling selipar, permainan ini terdiri kepada 2 kumpulan. Satu kumplan mestilah menjatuhkan selipar yang disasarkan dan satu kumpulan lagi mestilah mematikan pihak lawan dengan menggunakan selipar juga.

Caranya, baling selipar kepada semua anggota lawan sebelum mereka berjaya dirikan semula selipar yang dijatuhkan tadi.

Wah, rindu betul kami dengan permainan ini.

2. Baling Guli

2. Baling Guli via: gulirocket.com

Baling guli. Boleh dikatakan permainan ini mirip boling padang, tapi tidaklah terlalu sama. Guli dijadikan taruhan dan diletakan dalam bulatan yang telah disediakan.

 Caranya, gunakan guli dan baling sehingga guli yang ditaruhkan tadi terkeluar dari kawasan bulatan.

3. Galah Panjang

3. Galah Panjang via: mieneaststar.blogspot.com

Permaian galah panjang paling seronok dan bising! hahaha. Juga terbahagi kepada 2 kumpulan. Satu kumplan perlu menjaga kawasan dan pihak lawan terlepas masuk ke sempadan mereka. Dalam masa yang sama, pihak lawan perlu menjaga diri dari disentuh pihak penjaga.

4. Gasing

4. Gasing via: utusan.com.my

Lawan gasing. Permainan paling klasik sejak turun temurun. Zaman sekarang susah betul nak jumpa orang lawan gasing. Tak boleh disalahkan mereka juga, zaman sekarang mana ada lagi kawasan berpasir, semunya jalan tar sahaja.

Paling hebat kalau boleh pusingkan gasing atas tapak tangan, waktu itu siapa yang boleh buat memang hot habis.

5. Tarik Upih

5. Tarik Upih via: wikimedia

Tarik upih. Berlumba tarik pelepah kelapa siapa paling cepat sampai ke garisan penamat. Huh, ini kalau dapat kawan berat memang nasib la, tapi kalau si penarik pula yang tak kuat pun nasib juga.

Biasa popular di kampung-kampung berkawasan pantai.

6. Teng Teng

6. Teng Teng via: bilaakuberfikir.blogspot.my

Teng-Teng, main loncat pakai satu kaki. Yang ini kaum hawa memang pakar.

7. Lastik Burung

7. Lastik Burung via: liveitlively.blogspot.com

Lastik burung ini boleh dikatakan permainan paling 'rare' bagi budak lelaki. Biasanya bergerak dalam kumpulan dan masuk ke hutan untuk buru burung. 

8. Batu Seremban

8. Batu Seremban via: nadiratulain.blogspot.com

Permainan batu serembang ini lain negeri lain cara mainnya, walaupun nama batu tetapi ia sebenarnya diperbuat daripada kain yang berisi pasir didalamnya.

9. Sorok-sorok

9. Sorok-sorok

Permainan sorok-sorok, permainan ini pun seronok. Bila sebut pasal permainan ini ingat pula ibu atau ayah selalu pesan, jangan main sampai maghrib nanti kena sorok dengan hantu tt.

Seorang akan dilantik untuk cari semua ahli yang sedang menyorok. Dalam kiraan 10-20, anda kena cepat-cepat sembunyikan diri. Orang lelaki kalau main ini, nak cari dia memang susah betul.

10. Datuk Harimau

10. Datuk Harimau via: tabikakemasbesout2.blogspot.com

Pukul berapa datuk harimau? Pukul 2. 

Ingat lagi lagu datuk harimau ni? Ya, antara permainan yang cukup berdebar juga. Bila sebut sahaja pukul 12, itulah masa untuk Si Harimau tangkap anak ayam. Tapi permainan ini ada undang-undang juga, Si Harimau mestilah menangkap anak ayam yang paling belakang sekali, ikut urutan sampai lah ke si ibu ayam.

* Ayam - yang beratur panjang macam dalam gambar di atas.

Ada banyak lagi permainan tradisional, tapi ini adalah di antara yang paling popular pada zaman itu menurut kami. Jika anda ada pendapat tersendiri, jangan segan untuk lontarkan pada ruangan komen di bawah.

REAKSI ANDA?