Nasi Kukus Dapur Mama Idea Makan Terbaik Di Kuantan Pahang

Kedai makan santai dan murah di Kuantan Pahang. Yang paling penting sedap!

Gembira sebenarnya untuk kami kongsikan cerita ini. Khasnya kepada  yang suka makan atau 'kaki makan' boleh cuba nasi kukus di Nasi Kukus Dapur Mama Kuantan, Pahang ini. Memang sangat disyorkan!

Ada beberapa faktor kenapa kami kata Nasi Kukus Dapur Mama Idea Makan terbaik di Kuantan Pahang. Yang utama ialah harga nasi kukus disini sangat murah, Tidak sampai RM10.00 anda boleh dapat set hidangan makanan berserta air. Memang berbaloi.

Konsep kedai makan seperti fast food. Tak perlu lagi tunggu lama-lama, Buat pesanan, bayar dan ambil makanan. Mudahkan? Tempat makan pula anda boleh pilih samada mahu duduk di aras bawah atau di tinggkat atas.

Diruangan tingkat atas kedai ini dilengkapi dengan sistem penghawa dingin. Bukan itu sahaja, terdapat juga surau bagi anda yang ingin menunaikan solat. Persekitaran kedai ini sangat bersih dan selesa.

Baca juga: Burger Aiskrim Comel Di Big Mike, Subang Jaya

Oh ya. penggemar Manggo Cheese Cake dari Kula Cake, anda juga boleh dapatkan kek kegemaran anda disini. Sedap beb!

Kedai makan Nasi Kukus Dapur Mama ini terletak di Indera Mahkota, lebih senang berhampiran Universiti Islam Antarabangsa Kuantan Pahang, atau betul-betul berada bersebelahan bagunan Hotel Sri Manja.

Waktu operasi dari pukul 12 tengahhari sehingga 2 pagi. Wah.. memang syok beb! selamat mencuba.

Konsep kedai makan seperti Fast Food

Lokasi di Indera Mahkota, Betul betul bersebelahan dengan bangunan Hotel Sri Manja

Ruangan bawah.

Ruangan atas

Boleh dapatkan Manggo Cheese Kek dari Kula Cake yang sedap tu. Antara kek kegemaran dan popular di Kuantan. Rugi tak cuba yang ini.

Boleh santai-santai lepas makan. Ada soket untuk anda caj telefon atau laptop. Menarikkan?

Bahagian luar tingkat atas, kawasan merokok.

Pernah cuba? apa komen anda? kami bagi 3/5 bintang!

REAKSI ANDA?