11 Idea Membuat Permainan Daripada Kotak Untuk Dunia Si Kecil

Mahu kembangkan daya pemikiran anak-anak dengan badget yang rendah? Disini kami sertakan beberapa idea kreatif membuat permainan dari kotak untuk anak anda.

Gerai Daripada Kotak

Gerai Daripada Kotak sumber: Ikat Bag

Buat anak-anak yang suka menjual, anda boleh membina gerai daripada kotak. Klik disini untuk cara-cara membuatnya. Mudah je.

Mesin Basuh

Mesin Basuh Sumber: estefimachado

Ingin mengajar anak anda tentang tanggungjawab membasuh pakaian? Ini mungkin boleh membantu. Klik disini untuk cara membuatnya.

Landasan Kereta & Kereta Api

Landasan Kereta & Kereta Api sumber: celebrateeverydaywithme

Jika anak anak bermain permainan keretanya di merata tempat, anda boleh membuat landasan unik ini. Klik disini untuk cara membuatnya.

Rumah Permainan

Rumah Permainan sumber:charcoalandcrayons

Rumah permainan jika dibeli ia mungkin akan mencecah ratusan ringgit. Apa kata anda buat rumah kotak sebegini untuk anak anda. Klik disini untuk cara membuatnya.

Istana

Istana sumber: kidsomania

Rumah istana dari kotak ini sedikit sebanyak meningkatkan lagi imaginasi anak anda. Anda boleh buat pelbagai bentuk rumah, dan istana. Klik disini untuk cara membuatnya.

Roket

Roket sumber:Sweet Paul Magazine

Bagi anak-anak yang ingin menjadi angkasawan, rekabentuk roket ini pasti akan mengembirakan lagi mereka. Klik disini untuk cara membuatnya.

Telefon Klasik

Telefon Klasik sumber: ikatbag

Ini pula mungkin idea yang terbaik untuk mengelakkan anak anda daripada gadget. Klik disini untuk cara membuatnya.

Kereta lumba

Kereta lumba sumber: themetzgars.blogspot

Kereta mana lagi hebat? Lagi seronok kalau anda buat aktiviti ini bersama anak-anak. Klik disini untuk cara membuatnya.

Pam Minyak

Pam Minyak sumber: Alexandra Grablewski

Kalau dah ada kereta mesti nak tuang gas minyak. Klik disini untuk cara membuatnya.

Peti Sejuk

Peti Sejuk sumber:Alexandra Grablewski

Bagi anak-anak yang suka kedapur dan membuka peti sejuk, apa kata anda buat sendiri untuk mereka. Lepas ni dah tak ada buka/tutup peti sejuk. Klik disini untuk cara membuatnya.

Istana Besar

Istana Besar Sumber: designdazzle

Istana besar sebegini pasti boleh mengembirakan anak-anak anda. Sesuai untuk puteri-puteri kecil. Klik disini untuk cara membuatnya.

Kreatif dan jimat.

Ia lebih seronok jika anda membinanya sendiri bersama dengan anak anda. Jadikannya sebagai aktiviti bersama keluarga di hujung minggu.

Ia bukan sahaja dapat mengelakkan anak anda daripada ketagihan bermain telefon pintar, malah ia mampu meningkatkan daya kreativiti mereka. Selamat mencuba !

REAKSI ANDA?