Harimau Obesiti Di China Mendapat Perhatian Ramai

Gambar-gambar ini mula menjadi popular di internet. Paling penting mereka nampak betul-betul comel!

Gambar Harimau Siberia di  Siberian Tiger Park, China ini menjadi perhatian ramai dengan saiz badan mereka. Menurut sumber dari Shanghaiist, imej ini bermula tular di laman sosial China Weibo. 

Kemudian ramai yang mempertikaikan tentang diet pemakanan yang diberikan oleh pusat ini yang menyebabkan harimau ini mengalami obesiti.

Walaubagaimanapun, fenomena ini dianggap biasa kerana sama seperti harimau liar yang lain, berat badan mereka boleh naik mendadak dalam masa yang singkat atau beberapa hari sahaja. Lemak yang berlebihan akan membantu mereka kekal hangat pada musim sejuk.

Kemudian, berat badan mereka akan kembali normal pada musim panas.

Sumber

REAKSI ANDA?