Teknik Mudah Mengambil Gambar Taraf Profesional Dengan Kotak Pencahayaan DIY

Dengan kamera telefon pintar pun boleh. Tak perlu kamera DSLR.

Seorang usahawan yang banyak berbudi pada saya memohon bantuan untuk membuat penggambaran produk baru yang dia sangat suka nak kongsi dengan orang lain dan saya fikir inilah masanya untuk saya membalas budi tetapi saya tiada sudio dan kamera khas. 

Tetapi sebagai seorang designer, kita boleh gunakan kreativiti untuk dapatkan barang-barang yang mudah didapati untuk tunaikan hajatnya ini.

jadi, kerja-kerja membina memasang dan menyiapkan kotak pencahayaan DIY utuk penggambaran produk pun berjalan.  

Kawan-kawan yang nak cuba, saya kongsi disini secara ringkas. Khas untuk dicuba oleh orang yang bukan dalam bidang fotografi. Senang dan murah!

Dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati

Dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati

Kotak, cutter, gunting, pembaris, pen, masking tape, manila kad, paper wau, lampu meja dan jangan lupa kamera smartphone anda, tak perlu kamera DSLR pun.

Kotak

Kotak

Ambik kotak ini di  MyMydin, mamak kasi dgn muka ada sinyum....

Tampal kotak dengan maskingtape di semua bucu dan joints untuk kukuhkan bingkai kotak.

Ukur bingkai

Ukur bingkai

Buat 1 inci ukuran atas kotak. Kemudian potong dan tebuk.

Tebuk kotak 4 sisi

Tebuk kotak 4 sisi

Ulang proses sama untuk atas, kiri dan kanan kotak.

Letkkan manila kad

Letkkan manila kad

Letkkan manila kad dalam kotak, kedudukan seperti dalam gambar.

Tampak kertas was pada 3 sisi

Tampak kertas was pada 3 sisi

Kemudian tampal kertas wau dan tutup bahagian atas, kiri dan kanan untuk pencahayaan.

Guna lampu meja

Guna lampu meja

Gunakan lampu meja sebegini untuk pencahayaan. Kalau beli, boleh dapat sekitar RM20 seunit. Ada lg murah. Lagi banyak/terang lampu lagi baik

Ini saya beli di Mydin Hypermart, Subang.

Posisi pencahayaan

Posisi pencahayaan

Uji pencahayaan pada produk. Laraskan posisi pencahayaan  untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Beli produk siap-siap (jangan ambil free, support bisnes orang) 

Enjoy your effort with different objects.

Hasil penggambaran

Hasil penggambaran

Inilah hasilnya. Dengan hanya menggunkan telefon pintar sahaja. Produk minyak zeitun katanya, bagus kerana ianya pemakanan sunnah dan banyak khasiat, saya pun nak mula ambil. Jangan ambil kesempatan atas mereka dengan nak dapat produk percuma sebab tolong sikit, jangan ambil percuma, sebaliknya perlu sokong perusahaan kawan, sahabat, keluarga dengan membeli.

Boleh variasikan dengan pelbagai produk

Boleh variasikan dengan pelbagai produk

Jimat dan mudah. Cuma ambil masa 1 jam untuk buat. Jimat duit beli dari membeli kotak pencahayaan untuk penggambaran produk. Hasilnya sama sahaja.

Hasil terakhir

Hasil terakhir

HASIL akhir+ retouch + info graphic , produk zeitun katanya. Boleh hubungi (whatsapp) nombor tertera kalau-kalau nak buat pesanan atau pertanyaan tentang produk.

Artikel asal

REAKSI ANDA?