Disney World Bakal Memperkenalkan Dunia Avatar Kepada Umum Sekitar 2017

Anda berpeluang merasai pengalaman dunia Avatar secara langsung yang pastinya akan membuatkan anda terpesona.

Buat masa sekarang, kita sedang menantikan kemunculan sambungan filem Avatar 2  yang dijangka ditayangkan pada tahun 2018. Filem Avatar dari James Cameron telah ditayangkan kepada umum pada tahun 2009. Namun, sambungannya telah tertunda selama bertahun-tahun. Kini, peminat Avatar boleh merasai sendiri pengalaman berada di dunia Avatar secara langsung.  

Menurut laman web D23,  Pengerusi Walt Disney Parks & Resorts, Bob Chapek membuat pengumuman bahawa Pandora – The World of Avatar, akan dibuka secara rasmi pada musim panas di  Walt Disney World Resort di Florida, Amerika Syarikat. 

Berikut adalah antara tarikan yang dijanjikan:

Pengembaraan di Sungai Na’vi

Pengembaraan di Sungai Na’vi

Pengunjung akan berpeluang menyusuri sungai  yang diberi nama Na'vi di dalam hutan  bioluminescent, Pandora. 

Kantin / restoran Satu’li

Kantin / restoran Satu’li

Di restoran ini pengujung akan dihidangkan dengan pelbagai makanan yang berkaitan dengan dunia Avatar. Agak-agak daging binatang dalam filem Avatar pun ada tak? Mungkin juga kan?

Windtraders

Windtraders

Disini pengunjung boleh mendapatkan pelbagai hadiah dan koleksi Avatar seperti tshirt, patung mainan  dan lain-lain. 

Avatar: Flight of Passage

Avatar: Flight of Passage

DIsini pengunjung akan merasai pengalaman terbang di hutan Pandora di sebalik Gunung Banshee. Tak dapat dipastikan ianya akan berbentuk pengalaman 4D atau sebaliknya

Pembinaan terbesar sejak 1998

Pembinaan terbesar sejak 1998

Pandora - The World of AVATAR dikatakan projek pembinaan terbesar  semenjak ia dibuka pada tahun  1988.

Penglibatan dari James Cameron

Penglibatan dari James Cameron

Dunia Avatar menjanjikan pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh pengunjung. Pengarah filem Avatar, James Cameron sendiri juga turut terlibat dalam pelaksanaan projek ini.

Wah, seronok betul. Bertuah la kalau dapat pergi tengok sendiri =)

+Sumber Mashable

Lihat video

REAKSI ANDA?