Cara Membuat Pizza Mudah Tanpa Uli Roti

Langkah mudah bagaimana anda juga boleh membuat pizza sendiri di rumah.

Tempoh hari saya ada kongsikan insiden gas habis di facebook saya. Alamak! Kena masak selain dari gas. Pagi-pagi nak kena sediakan sarapan ringkas untuk anak-anak dan suami.

Alternatifnya adalah oven.

Pizza mudah tanpa uli pizza

Pizza mudah tanpa uli pizza

Nasib baiklah bahan-bahan memang dah disediakan di dapur. 6 sahaja bahan bahan mudah buat pizza ekspress.

  • 1. Roti Paratha Segera brand Fatihah (frozen)
  • 2. Sos Spagetti segera brand Kimball
  • 3. Sosej brand Ramly dihiris nipis
  • 4. Nenas
  • 5. Bawang holland dipotong dadu
  • 6. Keju Mozarella

3 jenis topping sahaja. Kita ikut cara dominos pizza. Topping tak perlu banyak jenis. Itulah yang menyebabkan sesuatu topping pizza menyerlah rasa dia.

Sapukan sedikit minyak di atas loyang untuk elak melekat semasa dibakar.

Keluarkan base pizza kita. Ini ngelat namanya

Keluarkan plastik lapik Roti Royale Paratha brand Fatihah ini. Tanggalkan ketika masih beku sebaik keluar dari peti sejuk. Jika lambat, bimbang melekat plastik dengan roti paratha tersebut.

Kemudian paratha susun atas loyang. Sapu sos spageti ke atasnya. Sementara itu panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius. Api atas bawah.

Jika ada pembantu cilik mahu hulurkan bantuan, redha sahajalah. Kita beritahu nak buat bagaimana.

Saya memang syorkan anak anak turut serta dalam aktiviti di dapur. Dari kecil kita dah latih anak anak kita tentang bantu membantu.  Taklah anak kita membesar nak jadi diva lah sangat.

Kemudian letakkan mozarella cheese. Mozarella berfungsi untuk melekatkan topping dengan base pizza.

Susun sosej di atas lapizan mozarella. Jika guna ayam atau daging, sebaiknya masak dahulu hingga separa masak.

Kemudian ditambah dengan potongan nenas dan bawang holland. Boleh gantikan dengan capsicum atau cendawan butang.

Kemudian taburkan lagi dengan mozarella cheese.

Nak tambahkan cheddar cheese boleh juga. Cheddar cheese tak ada effect tarik seperti mozarella tetapi rasa cheddar cheese lagi sedap dari mozarella.

Masukkan dalam oven. Letak ditengah tengah menggunakan api atas bawah. Masak selama 20 minit. Boleh guna suhu 170 atau 180 darjah.

Suhu rendah sedikit tetapi kita panjangkan masa pembakaran. Jadi base paratha itu akan masak sempurna.

Jika guna suhu tinggi 200 darjah, nanti mozarella cheese akan berbuih buih. dikhuatiri juga bahan topping kurang masak.

Lagi satu bergantung kepada oven juga. Lain brand, lain oven lain karenahnya.

Siap dah pizza overdose kita.

Hah gituu... Yang best masa tarik pizza tersebut.

Zafran yang super excited dapat tarik pizza. Nak dapat result begini memang kena guna mozarella cheese.

Yang sebenarnya, kita mak mak ni nak impress anak anak kan! Jadi chef di hati anak anak kan... Siapa setuju?

Ini beberapa kali buat selepas cubaan pertama buat overdose pizza. Kali ini dah improve sikit. Tak ada letak topping overdose..hihi...

Brand Fatihah Frozen.

Ok... nanti mesti tanya guna apa kan, saya guna Paratha keluaran Fatihah Frozen. Mana nak cari Paratha Fatihah Frozen Food, boleh klik link ini untuk tengok senarai outlet yang jual. Juga boleh dapatkan di Ramly Mart. 

Yang tanya mana nak dapatkan mozarella cheese, boleh dapatkan di pasaraya dan kedai terpilih atau kedai bakery. Yang ini dalam bentuk blok. Kena sangat kalau nak guna.

Ini keju parmesan. Rasanya sedap tetapi baunya agak ........

Ini cheddar yang selalu digunakan untuk sandwich. Sedap tetapi tiada effect tarik. Cair ketika dibakar. Selamat Mencuba!

sumber asal


REAKSI ANDA?