Cara Hasilkan Tauge Sendiri, Mudah Dan Jimat! Semua Orang Boleh Buat

Tips menarik untuk dikongsikan bersama suri rumah

Kami sangat tertarik dengan teknik menghasilkan tauge sendiri. Cara yang sangat mudah dan semua orang boleh buat, tidak perlu pengetahuan mendalam tentang ilmu pertanian dan yang paling penting sekali sangat menjimatkan.

Tips ini sesuai untuk anda yang suka memasak atau memasak dalam kuantiti yang banyak. Sekurang-kurangnya sudah boleh menjimatkan sedikit dari pembelanjaan. Untung badan boleh buat berniaga.

Ok, sekarang mari kita belajar bagaimana caranya menghasilkan tauge sendiri. Tips ini dikongsikan oleh saudara Kipli Joni di facebook beliau, selain dari tips ini banyak juga tips menarik yang beliau kongsikan

Maklumat lanjut: Kipli Joni

1. Bersihkan Kacang Hijau

1. Bersihkan Kacang Hijau

Bahan asas yang diperlukan adalah kacang hijau dan sebagai langkah pertama, anda perlu membersihkan kacang hijau ini terlebih dahulu.

2. Rendam Di Dalam Air

2. Rendam Di Dalam Air

Seterusnya, rendam di dalam air bersih selama 6 atau 8 jam

3. Kacang Mengembang

3. Kacang Mengembang

Selepas siap direndam, kacang anda akan mengembang.

4. Buang Air

4. Buang Air

Kemudian sejat / tos untuk membuang air yang tidak diperlukan.

5. Masukkan Ke Dalam Tong

5. Masukkan Ke Dalam Tong

Masukkan bekas ke dalam tong khas. Saya gunakan tong  hitam yang ditebuk lubang dibahagian bawah

6. Siram

6. Siram

Siram 3 atau 4 kali sehari

7. Tutup

7. Tutup

Tong mestilah sentiasa ditutup

8. Mula Bercambah

8. Mula Bercambah

Hari ke 2, siram dan boleh lihat tauge mula bercambah

9. Tauge Makin Panjang

9. Tauge Makin Panjang

Ulangi langkah yang sama setiap hari, anda boleh lihat hasilnya tauge semakin memajang pada hari ke 3.

10. Hari Ke 4

10. Hari Ke 4

Sedia untuk dituai

11. Buang Kulit

11. Buang Kulit

Bersihkan dan buang kulit hijau

12. Siap

12. Siap

Siap! Langkah akhir, sejat sehingga kering dan tauge anda sudah pun berjaya dihasilkan. Buat pengetahuaan anda, dengan 1 kg kacang hijau boleh menghasilkan sehingga 7-9 kilo tauge. 

Selamat mencuba.

REAKSI ANDA?