Banyak Farmasi Kehabisan Stok Ubat Cacing Kerana Perkongsian Yang Viral Ini?

Kecacingan bukanlah satu isu kesihatan yang baru. Penulis masih ingat ketika kecil dipaksa makan ubat cacing dan kemudian melihat sendiri cacing keluar hidup-hidup melalui najis. Ewww...

Seingat penulis, kali terakhir dipaksa makan ubat cacing adalah sekitar 22 tahun yang lalu. Penulis beranggapan masalah kecacingan hanya pada kanak-kanak dan tak perlu lagi risau tentang kecacingan selepas melihat sendiri cacing-cacing keluar hidup-hidup melalui najis.

Sehinggalah penulis ternampak posting di Facebook ini yang di kongsi oleh ramai orang. Barulah penulis tahu yang orang dewasa juga ada menghadapi masalah kecacingan.

Pesanan dari Sallyza Mann yang menjadi viral

Puan Sallyza Mann mengatakan ramai yang bertanya soalan-soalan berikut yang juga merupakan simptom-simptom kecacingan.

  •  Kenapa saya mengambil apa-apa supplement /vitamin atau jamu tidak nampak kesan kepada saya?
  •  Kenapa saya sering rasa gatal-gatal di kawasan tertentu, penyakit di hadapi payah sembuh? Kemaluan saya berbau busuk , walaupun sudah beberapa kali berjumpa doktor mendapatkan perawatan dan hilang sekejap tetapi berulang lagi.
  •  Kenapa saya mudah selalu gastrik / masuk angin dan perut jadi sensitif .Badan tidak bertenaga. Kadang-kadang saya makan sudah terlalu banyak tetapi masih lagi lapar di waktu tengah malam?
  •  Perut saya buncit berbunyi sesuatu dalamnya.

Dalam posting ini telah di kongsi sebanyak hampir 9000 kali ini, Puan Sallyza Mann berkongsi tanda-tanda seseorang itu kecacingan. Antaranya ialah

  •  Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
  •  Alahan kulit yang teruk - bengkak atau ruam & gatal terutama pada waktu malam
  •  Gatal sekitar lubang najis (dubur)
  •  Alahan terhadap makanan
  •  Sakit perut - cirit-birit, kembung, sembelit
  •  Anemia - kurang darah (ada cacing yang menghisap darah)
  •  Keletihan luar biasa - lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
  •  Tiada selera makan, pucat,
  •  Kurang berat badan walaupun selera makan ada
  •  Mengetap gigi ketika tidur malam (grinding of the teeth at night)
  •  Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata
  •  Hiperaktif
  •  Sakit kepala
  •  Sensitif terhadap cahaya
  •  Gusi & hidung berdarah
  •  Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)


Apa yang menarik perhatian penulis, ubat cacing sekarang membunuh dan melumatkan cacing sebelum keluar bersama najis. Maka, tidak ada lagi pengalaman tragis dan geli melihat cacing keluar dari punggung sendiri mahupun anak.

Ambil ubat cacing 6 bulan sekali

Melalui perkongsian ini juga, ada dinyatakan seeloknya ubat cacing diambil 6 bulan sekali sebagai langkah pencegahan. Namun bagi sesetengah kes mungkin perlu ambil lebih kerap bergantung kepada nasihat doktor.

Bagi kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke bawah perlu dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu.

Seperkara yang tidak dinyatakan adalah perempuan mengandung tidak boleh mengambil apa-apa jenis ubat cacing. Ini adalah info yang kami dapat dari blog Prosper Farmasi.

Farmasi kehabisan ubat cacing?

Membaca beberapa komen di posting tersebut, ramai yang mengeluh kerana farmasi-farmasi di kawasan mereka kehabisan ubat cacing.

Penulis juga cuba mendapatkan ubat cacing di beberapa farmasi utama sekitar Putrajaya tetapi hampa kerana semuanya kehabisan stok. Seorang ahli farmasi di salah sebuah farmasi yang penulis pergi kata "ubat cacing habis sebab facebook".

REAKSI ANDA?