10 Tips Dan Panduan Menarik Tentang Guangzhou, China Yang Perlu Anda Tahu

Bercerita melalui pengalaman kami sendiri, Disini kami kongsikan 10 tips dan panduan menarik untuk anda yang ingin travel ke Guangzhou.

1. Guangzhou Railway Metro Station

Guangzhou Railway Metro Station

Di Guangzhou, anda boleh gunakan perkhidmatan keretapi bawah tanah Guangzhou Metro ini, Jimat dan sangat mudah digunakan. Jika dari lapangan terbang Baiyun ke pusat bandar, mengambil keretapi bawah tanah ini lebih jimat berbanding teksi.

Yang menariknya, dibawah setiap jalan raya atau shopping complex adalah laluan landasan keretapi ini yang melebihi lebih 3 - 4 tinggkat dibawah tanah. Fuh!

2. Canton Tower

Canton Tower

Canton Tower adalah bagunan ke 4 tertinggi di dunia, sekaligus menara tertinggi yang ada di china. Jangan lupa untuk singgah kesini. Anda boleh berhenti terus di stesen Canton Tower dan ambil pintu keluar A jika menggunakan keretapi Guangzhou Metro.

3. Sun Yat Sen Memorial Park

Sun Yat Sen Memorial Park

Sun Yat Sen Memorial Park adalah salah satu tempat menarik di Guangzhou, China. Jika dari lapangan terbang Baiyun, anda boleh berhenti di stesen Jiahewanggang dan tukar laluan ke line 2 (warna biru) menuju ke stesen Sun Yat Sen Memorial Park.

Selain dari tarikkan utama pelancongan, tempat ini juga terdapat hotel murah dan kedai makanan halal.

4. Yuexiu Park

Yuexiu Park

Jika ke Guangzhou, jangan lupa untuk pergi ke Yuexiu park. Yuexiu park juga dikenali sebagai jantung atau ibu kota Guangzhou dan merupakan bandar tertua di Guandong satu ketika dahulu.

Tempat lain yang menarik di sekitar kawasan Yuexiu Park ialah berdekatan dengan Masjid Saad Bin Abi Waqas. Disitu anda boleh menziarah makam Saad Bin Abi Waqas dan beberapa lagi makam para sahabat yang dikebumikan disitu.

Untuk kesana anda boleh berhenti di stesten Yuexiu Park dan ambil pintu keluar B2. Pilih laluan kiri dan jalan terus berjalan sekitar 5 minit sehingga sampai ke masjid. Disitu juga terdapat banyak kedai makanan halal dikawasan berhampiran.

5. Masjid Tertua Di China

Masjid Tertua Di China

Selain Masjid Saad Bin Abi Waqas, Anda boleh ziarah 1 lagi masjid tertua di China. Masjid Huaisheng. Untuk kesini anda boleh mengambil laluan no 1 (warna kuning) dan berhenti di stesen Ximenkou.

Berjalan kaki ke masjid ini sekitar 10 minit sahaja. Kami yakin anda pasti kagum dengan rekaan senibina dalaman masjid ini. Bukan sahaja besar tetapi sangat unik.

Di depan masjid ini juga terdapat kedai makanan halal dan hotel dengan harga lebih murah daripada tempat-tempat yang lain.

6. Membeli-belah

Membeli-belah

Suka membeli-belah? Ya, Guangzhou sememangnya terkenal dengan pusat membeli-belah terbesar di dunia. Disini ada 2 tempat sesuai yang kami cadangkan anda untuk pergi.

Beijing luu, disini sangat sesuai untuk anda yang mencari barangan seperti jam, baju, kasut atau jenis barang perhiasan dan pakaian.

Untuk kaki gadget kami cadangkan anda pergi ke Nan Fang. Pastikan anda buat tawar menawar sehingga 1/3 dari harga yang dijual. Mesti boleh punya!

7. Tandas Bukan Masalah

Tandas Bukan Masalah

Ramai yang beri anggapan buruk tentang tandas di China, Mengikut pengalaman kami sendiri, tandas di Guangzhou, China masih di dalam kategori bersih. Cuma sedikit sempit.

Walaupun begitu, sebagai langkah berjaga-jaga kami syorkan anda untuk membawa tisu basah dan botol air kosong sendiri. Tandas awam sangat mudah di dapati di mana-mana kawasan.

8. Kedai Makanan Halal

Kedai Makanan Halal

Muslim jangan risau, banyak kedai makanan halal. Kami kira nisbahnya lebih kurang 20/1. Kebiasaanya kedai makanan halal berwarna hijau. Perhatikan pada papan tanda. Kebiasaannya terdapat logo halal seperti didalam gambar diatas.

Kedai makan di Guangzhou biasanya kecil-kecil dan berada di celah-celah bangunan. pastikan mata anda bergerak lebih liar dari biasa!.

nota tambahan: biasanya makanan yang dihidangkan sangat banyak. perut orang malaysia boleh bahagi 2 atau kongsi 2 orang.
Jimat!

9. Masalah Bahasa Dan Komunikasi

Masalah Bahasa Dan Komunikasi

Tidak dinafikan, di China mereka kurang fasih berbahasa inggeris. Tetapi itu bukan masalah utama. Penting untuk anda tahu mereka sebenarnya sangat baik dan akan berusaha sedaya upaya membantu anda.

Cara terbaik untuk bertanya adalah di stesen keretapi, majoriti polis disana boleh bertutur didalam bahasa inggeris. Jangan bersangka buruk kalau pertanyaan anda tidak dilayan, umumnya mereka tidak faham dan segan sahaja sebenarnya.

Dalam 10 orang mungkin 1 orang yang pandai berbahasa inggeris. Ia bukanlah sesuatu yang teruk seperti kebanyakkan cerita yang anda dengar sebelum ini.

10. Utamakan Keselamatan

Utamakan Keselamatan

Jujurnya bagi kami Guangzhou adalah diantara destinasi selamat untuk travel. Tidak perlu risau masalah pick pocket, mereka sangat menghormati tetamu dan mesra dengan pelancong.

Jadi cubalah bersikap baik terhadap semua orang. Apa pun anda perlu juga berjaga-jaga tentang keselamatan, bak kata pepatah, malang tak berbau.

Baca juga: 7 Destinasi Percutian Menarik Dengan Kadar Risiko Yang Rendah

REAKSI ANDA?